9 Dis 2012

DOSA- DOSA DAN FACEBOOK



Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang mengundang dosa terlalu banyak. Namun, pada kesempatan ini cukup saya senaraikan enam perkara iaitu:

1. mendedahkan keaiban suami ataupun isteri di facebook
  • contohnnya, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah kepada pasangan di ruang status mereka. selain itu mendesak sesuatu pada pasangan dengan cara menulis di facebook. kemudian, status ini dikomen oleh rakan- rakan mereka. sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. lalu suami tertekan dan serba salah.
2. terlebih gambar
  • ramai dalam kalangan wanita hari ini sudai mempunyai facebook. mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang suka dipuji kecantikannya. oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, terlalu dekat sehingga memenuhi kotak gambar, ataupun jauh(beramai-ramai ataupun seorang diri). ditambah gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
3. penyamaran
  • lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi rakan dan seterusnya mendapat maklumat wanita itu. ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diterima menjadi rakan seseorang wanita. akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar- gambat wanita itu. lalu ia menyamar sebagai wanita dengan facebook baru supaya diterima menjadi rakan di facebook.
4. memuat turun gambar untuk simpanan dan tatapan
  • dimaklumkan juaga, dek kerana gambar wanita yang 'bersepah' di facebook, ada lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya, kita perlu lebih berwaspada dengan golongan seperti ini berbanding mereka yang lain. malangnya golongan wanita kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka bagi mendapat lebih pujian dan dosa. simpan sahajalah gambar- gambar comel kita, cukup ia buat tatapan suami. cukup pujian rakan sekeliling yang benar- benar mengenali kita. pujian manusia luar takut memakan diri sendiri.
5. tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat

  • tagging atau menandakan sesuatu gambat yang disiar adalah satu fungsi mudah menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. ini kerana, terdapat trend menyebarkan gambar- gambar lama yang mungkin tidak menutup aurat sebelumnya, dan kemudian meletakkan kepada individu dalam gambar. perlu disedari, setiap gambar yang ditagging, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua rakan, dan juga rakan kepada rakan itu juga boleh melihatnya.
6. mengutuk diri sendiri dan kebaikan
  • ada kalanya terdapat juga wanita- wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. namun, sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju berkelipan warnanya, baju yang tebal dahulu sudah jadi nipin. adakalanya tidak sempurna dan macam- macam lagi. alasannya? seribu satu macam. suami atau keluarga pula mungkin bukan daripada jenis yang menegur dan menasihat.

sekian, terima kasih. Wallahu a'lam.
diambil dari buku ledakan facebook antara pahala dan dosa hasil karya dr zaharuddin bin abd rahman.

30 Sep 2012

MARI MENGENALI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

ASY-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dalam kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas pergerakan Hamas bersama Abdel Aziz Al-Rantissi, pada 1987. Walaupun cacat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah berpendidikan tinggi dan merupakan pejuang yang sangat dihormati.

Orangnya berpendiriannya tegas dan beliau menentang perjanjian damai dengan Israel yang berat sebelah. Baginya juga, Israel mesti dilenyapkan dari Peta Dunia dan bekerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah. Oleh itu, jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan hingga Islam dan Palestin mencapai kemenangan.

Akibatnya, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ditangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh.

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya.

Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "

Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.

Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya.

fron www.keris7lok.blogspot.com,www.mazuki5.tripod.com

26 Sep 2012

21 CARA MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK


 Antara 21 cara supaya menjadi muslim yang lebih baik ialah:
  1. Meningkatkan atau memperbaiki diri sendiri.
  2. Tanamkan dalam hati bahawa Allah menyayangi kita.
  3. Menanamkan sifat menyintai Allah.
  4. Sentiasa berhubung atau berinteraksi dengan Allah melalui ibadah.
  5. Wujudkan sikap berdoa kepada Allah.
  6. Amalkan berdoa setiap masa walau di mana sekalipun.
  7. Menjalankan kehipan harian di jalan yang baik.
  8. Cuba berpuasa sekurang-kurangnya sebulan di bulan Ramadhan.
  9. Menunaikan haji di mekah.
  10. Selalu melakukan amal jariah dan bersedekah.
  11. Sentisa menhulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
  12. Amalkan membaca al-Quran pada setaip hari.
  13. Mengetahui dan mempelajari latar belakang Rasulullah s.a.w.
  14. Cuba melakukan ibadah pada 1/3malam (Qiamullail).
  15. Sentiasa bersifat dengan diri sendiri.
  16. Mencuba untuk tidak berkata bohong.
  17. Eratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga.
  18. Sentiasa ingat dan berdoa kepada Allah.
  19. Hulurkan bantuan kepada jiran tetangga dengan melakukan kebaikan.
  20. Melibatkan diri dalam komuniti di masjid.
  21. Sentiasa memohon keampunan dari Allah.

14 Apr 2012

KENAPA BASMALAH TIDAK DIBACA DALAM SURAH AT-TAUBAT



Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku .Setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama
Mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Pendapat Kedua
Pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...


Pendapat Ketiga
Surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Pendapat Keempat
Mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Pendapat Kelima
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...


Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelima tersebut...
Wallahu a'lam...

13 Apr 2012

11 GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT



1. orang yang tidur dalam keadaan suci(berwhudu').

2. orang yang duduk ketika menunggu waktu solat.

3. orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.

5. orang yang mengucap kalimah 'amin' bertetapan dengan 'amin' imam.

6. orang yang duduk ditempatnya selepas selesai menunaikan solat.

7. orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah.

8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. orang yang infaq(bersedekah).

10. orang yang makan sahur.

11. orang yang sedang menziarahi orang sakit.

12 Apr 2012

TIPS UNTUK MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK BERJAYA

  1. Sering masak sendiri di rumah(kalau korang ada rumah sendiri dan ada dapur la). 
  2. Membuat satu senarai sebelum pergi membeli-belah. 
  3. Pergi membeli-belah runcit semasa anda berada dalam tergesa-gesa. 
  4. berhati-hati ketika membeli barang yang murah(bukan apa takut cepat rosak dan kne bli lain plak). 
  5. Membayar hutang secepat mungkin yang mungkin(klu ada duit terus bayar jangan tnguh2). 
  6. Membayar bil anda tepat pada masanya dan mengelakkan bayaran lewat. 
  7. Setiasa melihat baki duit di akaun bank anda. 
  8. Mengelakkan bayaran ATM 
  9. Mengelakkan kad kredit dengan yuran tahunan 
  10. elakkan daripada membeli buku, sebaiknya meminjam buku dari perpustakaan. 
  11. Jika anda perlu membeli buku, semak jika anda boleh membelinya atau tidak. 
  12. Cek harga sebelum membeli apa-apa barang mahal. 
  13. Mengelakkan pembelian berasaskan gerak hati dan nafsu. 
  14. sentiasa membawa air mineral walaupun dimana anda berada(kecuali dalam tandas). 
  15. Pastikan kereta anda digunakan seberapa lama yang boleh. 
  16. Melakukan penyelenggaraan yang kerap pada kenderaan anda. 
  17. Elakkan daripada membeli kereta baru. 
  18. Naik basikal anda atau berkongsi kereta seboleh mungkin. 
  19. Mengawal penggunaan elektrik anda. 
  20. Elakkan bergaul dengan kawan yang berkehidupan tinggi atan high class. 

dalam banyak-banyak dekat atas ni takkan la tkda 1 atau 2 yang korang boleh buat kan. mesti ada punya. jangan cepat berputus asa. Inshaallah apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil. 

WASSALAM

11 Apr 2012

HANDPHONE BUAT OTAK JADI LEMBAB???

        
             sebuah penelitian kembali mengungkapkan pengaruh negatif handphone bagi manusia. dalam penelitian terbaru, penggunaan handphone yang kerap boleh menyebabkan aktiviti otak lembab. hal ini diungkapkan dalam kajian yang dilakukan oleh sejumlah pengkaji australia, inggeris dan belanda terhadap 300 orang dalam jangka masa 2 hingga 4 bulan dan dikeluarkan dalam international journal of neuroscience. menurut kajian ini, penggunaan handphone secara rutin boleh menyebabkan fungsi otak menjadi lembab. namun, menurut brainclinics diagnostics, salah satu pihak yang turut serta dalam kajian ini, kesannya bagi kesihatan belum terungkap secara teliti.

10 Apr 2012

10 FOBIA-FOBIA YANG MUNGKIN BELUM ANDA KETAHUI



       Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesutau hal atau fenomena. Antara berikut merupakan fobia yang paling teruk yang mungkin belum anda jumpai:-

1. Ambulophobia- Rasa takut untuk berjalan atau berdiri.

  • Penderita phobia ini tidak akan dapat menghindar untuk berhadapan dengan rasa takutnya setiap hari.

2. Decidophobia- Rasa takut untuk mengambil keputusan. 

  • Penderita rasa kurang keberanian atau keyakinan diri untuk memilih dari beberapa alternatif yang berbeza-beza untuk mengetahui kebenaran".

3. Epistemophobia (Gnosiophobia)- Rasa takut akan ilmu pengetahuan.

  • Epistemophobia atau sering juga disebut gnosiophobia adalalah rasa takut untuk belajar menyebabkan penderitanya tidak dapat belajar hal-hal baru kecuali bagi mereka yang dapat melawan rasa takut tersebut dengan memaksakan dirinya menerima hal-hal baru.

4.Cibophobia- Rasa takut kepada makanan.

  • Cibophobia atau rasa takut kepada makanan adalah jenis phobia yang sangat kompleks dan dapat dengan cepat berkembang menjadi sebuah bentuk yang obsesi.

5. Somniphobia (Hypnophobia)- Rasa takut untuk tidur.

  • Somniphobia, ketakukan untuk tidur, dikatakan teruk karena dapat menyebabkan penderitanya mengalami kelelahan dari segi fizikal dan mental.

6. Acousticophobia- Rasa takut yang aneh akan suara, termasuk suaranya sendiri.

  • Penderita acousticophobia merasa takut akan suara, mahuoun segala jenis suara atau satu jenis suara yang spesifik seperti suara jerikan,siulan, letupan dan lain-lain.

7. Chronophobia- Rasa takut akan bergulirnya waktu, atau rasa takut akan waktu.

  • Rasa takut akan waktu atau chronophobia meliputi juga rasa takut akan segala konsep yang berhubungan dengan waktu, seperti masa lalu, masa sekarang dan masa depan.

8. Counterphobia (Phobophilia)- Rasa menyukai akan keadaan atau situasi yang menakutkan.

  • Jika para penderita phobia yang lain akan berusaha untuk menghindari objek yang menjadi sumber ketakutan mereka, maka penderita counterphobia justeru akan aktif dan sengaja mencari sesuatu yang dapat membuatnya takut.

9. Phobophobia- Rasa takut terhadap perasaan takut dirinya sendiri.

  • Phobophobia didefinisikan sebagai rasa takut terhadap perasaan takut dirinya sendiri, atau lebih spesifik lagi adalah sensasi rasa takut yang timbul di dalam diri penderitanya tentang sesuatu yang membuatnya takut atau gelisah.

10. Pantophobia- Rasa takut akan segala hal.

  • Sebuah sumber mendefinisikan pantophobia sebagai "rasa takut yang terus-menerus akan sesuatu yang tidak diketahui dan jahat".


Rawatan

1. Hypnotherapy
2. Neuro-Linguistic Programming (NLP)
3. Energy Psychology

8 Apr 2012

HUKUM MENGADAKAN PAMERAN SPESIMEN ANATOMI MANUSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak.
  2. Oleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah dilarang oleh Islam.
  3. Walaubagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar. 

19 Jan 2012

10 KEBIASAAN YANG DAPAT MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak sarapan pagi
  • Mereka yang tidak sarapan pagi memiliki kadar gula darah yang rendah yang menyebabkan kekurangan kandungan nutrien ke otak
2. Makan terlalu banyak
  • Terlalu banyak makan,apalagi yang kadar lemaknya tinggi, dapat mengakibatkan pembuluh darah otak mengeras kerana penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. hal ini mengakibatkan kemampuan aktiviti otak menurun.
3. Merokok
  • Zat dalam rokok yang dihisap akan mengakibatkan penyusutan otak secata cepat serta dapt mengakibatkan penyakit Alzheimer.
4. Kandungan gula terlalu banyak
  • Kandungan gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrien sehingga terjadi ketidakseimbangan nutrien yang akan menganggu perkembangan otak.
5. Udara tercemar
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh manusia. menghirup udara yang tercemar menurunkan penghantaran oksigen ke otak sehingga dapat menurunkan fungsi otak.
6. Kurang tidur
  • Otak perlu tidur untuk berehat dan memulihkan kemampuannya. kurang tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepatkan kerosakan sel otak.
7. Menutup kepala saat tidur
  • Kebiasaan tidur menutup kepala meningkatkan kepekatan zat karbon dioksida dan menurunkan kepekatan oksigen yang dapat menimbulkan kesan efek kerosakan pada otak.
8. Berfikir ketika sakit
  • Bekerja terlalu keras atau memaksakan untuk berfikir ketika sedang sakit dapat menyebabkan berkurangnya fungsi otak yang efektif serta dapat merosakkan otak.
9. Kurang merangsang fikiran
  • Berfikir adalah cara yang paling tepat unutk melatih otak kita. kurangnya rangsangan pada otak dapat menyebabkan otak kita tidak aktif.
10. Jarang berkomunikasi
  • Komunikasi diperlukan sebagai salah satu kaedah memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual dapat memicu otak yang lebih efisien. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.

17 Jan 2012

HUKUM MEMAKAI JERSEY RED DEVIL (MU)

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-



وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )


RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET


Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun jika dilihat di forum ini, penganut Kristian merasakan lambang Chevrolet itu adalah anti-kristian dan bukannya pro kristian. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.
Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syaitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk di antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.
Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal), logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.
Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa, tatkala itu ia sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.



Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.
Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah dikalangan orang lain yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.
Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.
Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.


LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-


نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج


وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة
Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة
Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN



Hukum memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.
Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan di atas dengan melihat kepada situasi yang berbeza-beza. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
24 Julai 2010
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/944/72/

p/s : kalau kurang pasti dengan maklumat ni..bleh cari lgi maklumat2 lain dan dikongsi bersama.. tq.. Wallahua'lam..

10 Jan 2012

KETAHUILAH TAHAP-TAHAP TIDUR MANUSIA

  
  Para psikologist telah mengenal pasti bahawa manusia melalui beberapa tahap tidur yang berbeza-beza pada satu waktu tidur. Terdapat 5 tahap tidur yang telah dikenalpasti iaitu:-

  1. Tahap memasuki tidur.
  • ini berlaku beberapa minit sebelum tidur iaitu  apabila seseorang itu mengantuk dan hedak tidur
  • sistem fisiologinya akan berubah daripada yang lazim seperti degupan jantung menjadi perlahan, pernafasan akan berkurangan dan otot-otot akan longgar.
  • tahap ini dapat dikenlapasti dengan sifat gelombang otaknya yang dikenali sebagai gelombang alfa.
  • pada tahap ini lazimnya, seseorang itu tidak menyedari yang dia telah tidur dan senang dikejutkan.
     2.  Mempunyai sifat gelomabng otak yang berkelompok.
  • ia masih dikenali sebagai gelombang alfa, tetapi individu itu sudah nyenyak tidur dan sukar hendak dikejutkan.
     3.  Mempunyai sifat gelombang beta kerana gelombang otak akan menjadi panjang dan perlahan.
  • pada tahap ini, individu yang tidur akan mengalami perubahan fisiologi seperti degupan jantung perlahan, tekanan darah akan turun dan suhu badan akan berkurangan.
  • individu sukar dikejutkan oleh rangsangan yang berbentuk semula jadi seperti bunyi bising, cahaya atau sentuhan lembut.
     4.  Individu sukar dikejutkan daripada tidurnya.
  • sifat gelombang otaknya berubah daripada tahap sebelum ini.
  • gelombang delta menjadi cirinya dan ia berlaku dalam kelompok ke 15 hingga 20 minit.
  • tahap ini berkurangan dengan peningkatan umur seseorang.
   Keempat-empat tahap di atas dikenali dengan nama tahap mata tanpa gerak pantas. Ia diambil kira 75% daripada keseluruhan masa tidur pada satu malam yang biasa. Tahap tidur yang kelima merupakan tahap yang sering dikaji oleh pakar-pakar psikologi kerana di tahap inilah mimpi akan berlaku. 
  • pada purata satu setengah jam selepas mula tidur kelopak mata manusia akan bergerak dengan kadar yang agak pantas.
  • tahap ini dikenali dengan nama tahap mata gerak pantas, tetapi gelombang otaknnya mempunyai ciri-ciri ayng sama dengan tahap pertama iaitu gelombang alfa.
  •  pergerakan kelopak  mata ini jelas kelihatan apabila mata seseorang yang tidur mula tertutup.
  •  ini mengambil masa di antara 5 hingga 10 minit dan kemudian tahap pertama akan bermula lagi.
  • otot badan akan tegang, pernafasan dan degupan jantung meningkat menunjukkan bahawa seseorang telah memasuki tahap kelima iaitu mata gerak pantas.
  • aktiviti mental juga mengalami sedikit perubahan.
     Para penyelidik mandapati bahawa apabila seseorang dikejutkan pada tahap kelima ini akan menyatakan mereka sedang bermimpi. Sebaliknya, jika mereka dikejutkan pada tahap pertama hinga empat, mereka jarang atau tidak mengalami apa-apa bentuk mimpi. Oleh itu, tahap pergerakan mata pantas selalu dikaitkan dengan mimpi.
     
     Kelima-lima tahap tidur ini akan berlaku beberapa kali pada satu waktu tidur dalam kadar purata 3 atau 4 kali satu malam. Perkara penting yang sering menjadi bahan kajian waktu tidur ialah bentuk-bentuk mimpi dan patologi-patologi tidur.