10 Jan 2012

KETAHUILAH TAHAP-TAHAP TIDUR MANUSIA

  
  Para psikologist telah mengenal pasti bahawa manusia melalui beberapa tahap tidur yang berbeza-beza pada satu waktu tidur. Terdapat 5 tahap tidur yang telah dikenalpasti iaitu:-

  1. Tahap memasuki tidur.
  • ini berlaku beberapa minit sebelum tidur iaitu  apabila seseorang itu mengantuk dan hedak tidur
  • sistem fisiologinya akan berubah daripada yang lazim seperti degupan jantung menjadi perlahan, pernafasan akan berkurangan dan otot-otot akan longgar.
  • tahap ini dapat dikenlapasti dengan sifat gelombang otaknya yang dikenali sebagai gelombang alfa.
  • pada tahap ini lazimnya, seseorang itu tidak menyedari yang dia telah tidur dan senang dikejutkan.
     2.  Mempunyai sifat gelomabng otak yang berkelompok.
  • ia masih dikenali sebagai gelombang alfa, tetapi individu itu sudah nyenyak tidur dan sukar hendak dikejutkan.
     3.  Mempunyai sifat gelombang beta kerana gelombang otak akan menjadi panjang dan perlahan.
  • pada tahap ini, individu yang tidur akan mengalami perubahan fisiologi seperti degupan jantung perlahan, tekanan darah akan turun dan suhu badan akan berkurangan.
  • individu sukar dikejutkan oleh rangsangan yang berbentuk semula jadi seperti bunyi bising, cahaya atau sentuhan lembut.
     4.  Individu sukar dikejutkan daripada tidurnya.
  • sifat gelombang otaknya berubah daripada tahap sebelum ini.
  • gelombang delta menjadi cirinya dan ia berlaku dalam kelompok ke 15 hingga 20 minit.
  • tahap ini berkurangan dengan peningkatan umur seseorang.
   Keempat-empat tahap di atas dikenali dengan nama tahap mata tanpa gerak pantas. Ia diambil kira 75% daripada keseluruhan masa tidur pada satu malam yang biasa. Tahap tidur yang kelima merupakan tahap yang sering dikaji oleh pakar-pakar psikologi kerana di tahap inilah mimpi akan berlaku. 
  • pada purata satu setengah jam selepas mula tidur kelopak mata manusia akan bergerak dengan kadar yang agak pantas.
  • tahap ini dikenali dengan nama tahap mata gerak pantas, tetapi gelombang otaknnya mempunyai ciri-ciri ayng sama dengan tahap pertama iaitu gelombang alfa.
  •  pergerakan kelopak  mata ini jelas kelihatan apabila mata seseorang yang tidur mula tertutup.
  •  ini mengambil masa di antara 5 hingga 10 minit dan kemudian tahap pertama akan bermula lagi.
  • otot badan akan tegang, pernafasan dan degupan jantung meningkat menunjukkan bahawa seseorang telah memasuki tahap kelima iaitu mata gerak pantas.
  • aktiviti mental juga mengalami sedikit perubahan.
     Para penyelidik mandapati bahawa apabila seseorang dikejutkan pada tahap kelima ini akan menyatakan mereka sedang bermimpi. Sebaliknya, jika mereka dikejutkan pada tahap pertama hinga empat, mereka jarang atau tidak mengalami apa-apa bentuk mimpi. Oleh itu, tahap pergerakan mata pantas selalu dikaitkan dengan mimpi.
     
     Kelima-lima tahap tidur ini akan berlaku beberapa kali pada satu waktu tidur dalam kadar purata 3 atau 4 kali satu malam. Perkara penting yang sering menjadi bahan kajian waktu tidur ialah bentuk-bentuk mimpi dan patologi-patologi tidur.

Tiada ulasan: