Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang mengundang dosa terlalu banyak. Namun, pada kesempatan ini cukup saya senaraikan enam perkara iaitu:
1. mendedahkan keaiban suami ataupun isteri di facebook
- contohnnya, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah kepada pasangan di ruang status mereka. selain itu mendesak sesuatu pada pasangan dengan cara menulis di facebook. kemudian, status ini dikomen oleh rakan- rakan mereka. sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. lalu suami tertekan dan serba salah.
2. terlebih gambar
- ramai dalam kalangan wanita hari ini sudai mempunyai facebook. mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang suka dipuji kecantikannya. oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, terlalu dekat sehingga memenuhi kotak gambar, ataupun jauh(beramai-ramai ataupun seorang diri). ditambah gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
3. penyamaran
- lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi rakan dan seterusnya mendapat maklumat wanita itu. ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diterima menjadi rakan seseorang wanita. akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar- gambat wanita itu. lalu ia menyamar sebagai wanita dengan facebook baru supaya diterima menjadi rakan di facebook.
4. memuat turun gambar untuk simpanan dan tatapan
- dimaklumkan juaga, dek kerana gambar wanita yang 'bersepah' di facebook, ada lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya, kita perlu lebih berwaspada dengan golongan seperti ini berbanding mereka yang lain. malangnya golongan wanita kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka bagi mendapat lebih pujian dan dosa. simpan sahajalah gambar- gambar comel kita, cukup ia buat tatapan suami. cukup pujian rakan sekeliling yang benar- benar mengenali kita. pujian manusia luar takut memakan diri sendiri.
5. tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat
- tagging atau menandakan sesuatu gambat yang disiar adalah satu fungsi mudah menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. ini kerana, terdapat trend menyebarkan gambar- gambar lama yang mungkin tidak menutup aurat sebelumnya, dan kemudian meletakkan kepada individu dalam gambar. perlu disedari, setiap gambar yang ditagging, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua rakan, dan juga rakan kepada rakan itu juga boleh melihatnya.
6. mengutuk diri sendiri dan kebaikan
- ada kalanya terdapat juga wanita- wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. namun, sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju berkelipan warnanya, baju yang tebal dahulu sudah jadi nipin. adakalanya tidak sempurna dan macam- macam lagi. alasannya? seribu satu macam. suami atau keluarga pula mungkin bukan daripada jenis yang menegur dan menasihat.
sekian, terima kasih. Wallahu a'lam.
diambil dari buku ledakan facebook antara pahala dan dosa hasil karya dr zaharuddin bin abd rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan