30 Sep 2012

MARI MENGENALI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

ASY-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dalam kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas pergerakan Hamas bersama Abdel Aziz Al-Rantissi, pada 1987. Walaupun cacat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah berpendidikan tinggi dan merupakan pejuang yang sangat dihormati.

Orangnya berpendiriannya tegas dan beliau menentang perjanjian damai dengan Israel yang berat sebelah. Baginya juga, Israel mesti dilenyapkan dari Peta Dunia dan bekerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah. Oleh itu, jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan hingga Islam dan Palestin mencapai kemenangan.

Akibatnya, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ditangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh.

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya.

Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "

Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.

Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Keadaan mayat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah amat menyedihkan. Dianggarkan seramai 200,000 rakyat Palestin menghadiri pengkebumiannya.

fron www.keris7lok.blogspot.com,www.mazuki5.tripod.com

Tiada ulasan: