14 Apr 2012

KENAPA BASMALAH TIDAK DIBACA DALAM SURAH AT-TAUBAT



Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku .Setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama
Mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Pendapat Kedua
Pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...


Pendapat Ketiga
Surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Pendapat Keempat
Mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Pendapat Kelima
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...


Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelima tersebut...
Wallahu a'lam...

13 Apr 2012

11 GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT



1. orang yang tidur dalam keadaan suci(berwhudu').

2. orang yang duduk ketika menunggu waktu solat.

3. orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.

5. orang yang mengucap kalimah 'amin' bertetapan dengan 'amin' imam.

6. orang yang duduk ditempatnya selepas selesai menunaikan solat.

7. orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah.

8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. orang yang infaq(bersedekah).

10. orang yang makan sahur.

11. orang yang sedang menziarahi orang sakit.

12 Apr 2012

TIPS UNTUK MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK BERJAYA

  1. Sering masak sendiri di rumah(kalau korang ada rumah sendiri dan ada dapur la). 
  2. Membuat satu senarai sebelum pergi membeli-belah. 
  3. Pergi membeli-belah runcit semasa anda berada dalam tergesa-gesa. 
  4. berhati-hati ketika membeli barang yang murah(bukan apa takut cepat rosak dan kne bli lain plak). 
  5. Membayar hutang secepat mungkin yang mungkin(klu ada duit terus bayar jangan tnguh2). 
  6. Membayar bil anda tepat pada masanya dan mengelakkan bayaran lewat. 
  7. Setiasa melihat baki duit di akaun bank anda. 
  8. Mengelakkan bayaran ATM 
  9. Mengelakkan kad kredit dengan yuran tahunan 
  10. elakkan daripada membeli buku, sebaiknya meminjam buku dari perpustakaan. 
  11. Jika anda perlu membeli buku, semak jika anda boleh membelinya atau tidak. 
  12. Cek harga sebelum membeli apa-apa barang mahal. 
  13. Mengelakkan pembelian berasaskan gerak hati dan nafsu. 
  14. sentiasa membawa air mineral walaupun dimana anda berada(kecuali dalam tandas). 
  15. Pastikan kereta anda digunakan seberapa lama yang boleh. 
  16. Melakukan penyelenggaraan yang kerap pada kenderaan anda. 
  17. Elakkan daripada membeli kereta baru. 
  18. Naik basikal anda atau berkongsi kereta seboleh mungkin. 
  19. Mengawal penggunaan elektrik anda. 
  20. Elakkan bergaul dengan kawan yang berkehidupan tinggi atan high class. 

dalam banyak-banyak dekat atas ni takkan la tkda 1 atau 2 yang korang boleh buat kan. mesti ada punya. jangan cepat berputus asa. Inshaallah apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil. 

WASSALAM

11 Apr 2012

HANDPHONE BUAT OTAK JADI LEMBAB???

        
             sebuah penelitian kembali mengungkapkan pengaruh negatif handphone bagi manusia. dalam penelitian terbaru, penggunaan handphone yang kerap boleh menyebabkan aktiviti otak lembab. hal ini diungkapkan dalam kajian yang dilakukan oleh sejumlah pengkaji australia, inggeris dan belanda terhadap 300 orang dalam jangka masa 2 hingga 4 bulan dan dikeluarkan dalam international journal of neuroscience. menurut kajian ini, penggunaan handphone secara rutin boleh menyebabkan fungsi otak menjadi lembab. namun, menurut brainclinics diagnostics, salah satu pihak yang turut serta dalam kajian ini, kesannya bagi kesihatan belum terungkap secara teliti.

10 Apr 2012

10 FOBIA-FOBIA YANG MUNGKIN BELUM ANDA KETAHUI



       Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesutau hal atau fenomena. Antara berikut merupakan fobia yang paling teruk yang mungkin belum anda jumpai:-

1. Ambulophobia- Rasa takut untuk berjalan atau berdiri.

  • Penderita phobia ini tidak akan dapat menghindar untuk berhadapan dengan rasa takutnya setiap hari.

2. Decidophobia- Rasa takut untuk mengambil keputusan. 

  • Penderita rasa kurang keberanian atau keyakinan diri untuk memilih dari beberapa alternatif yang berbeza-beza untuk mengetahui kebenaran".

3. Epistemophobia (Gnosiophobia)- Rasa takut akan ilmu pengetahuan.

  • Epistemophobia atau sering juga disebut gnosiophobia adalalah rasa takut untuk belajar menyebabkan penderitanya tidak dapat belajar hal-hal baru kecuali bagi mereka yang dapat melawan rasa takut tersebut dengan memaksakan dirinya menerima hal-hal baru.

4.Cibophobia- Rasa takut kepada makanan.

  • Cibophobia atau rasa takut kepada makanan adalah jenis phobia yang sangat kompleks dan dapat dengan cepat berkembang menjadi sebuah bentuk yang obsesi.

5. Somniphobia (Hypnophobia)- Rasa takut untuk tidur.

  • Somniphobia, ketakukan untuk tidur, dikatakan teruk karena dapat menyebabkan penderitanya mengalami kelelahan dari segi fizikal dan mental.

6. Acousticophobia- Rasa takut yang aneh akan suara, termasuk suaranya sendiri.

  • Penderita acousticophobia merasa takut akan suara, mahuoun segala jenis suara atau satu jenis suara yang spesifik seperti suara jerikan,siulan, letupan dan lain-lain.

7. Chronophobia- Rasa takut akan bergulirnya waktu, atau rasa takut akan waktu.

  • Rasa takut akan waktu atau chronophobia meliputi juga rasa takut akan segala konsep yang berhubungan dengan waktu, seperti masa lalu, masa sekarang dan masa depan.

8. Counterphobia (Phobophilia)- Rasa menyukai akan keadaan atau situasi yang menakutkan.

  • Jika para penderita phobia yang lain akan berusaha untuk menghindari objek yang menjadi sumber ketakutan mereka, maka penderita counterphobia justeru akan aktif dan sengaja mencari sesuatu yang dapat membuatnya takut.

9. Phobophobia- Rasa takut terhadap perasaan takut dirinya sendiri.

  • Phobophobia didefinisikan sebagai rasa takut terhadap perasaan takut dirinya sendiri, atau lebih spesifik lagi adalah sensasi rasa takut yang timbul di dalam diri penderitanya tentang sesuatu yang membuatnya takut atau gelisah.

10. Pantophobia- Rasa takut akan segala hal.

  • Sebuah sumber mendefinisikan pantophobia sebagai "rasa takut yang terus-menerus akan sesuatu yang tidak diketahui dan jahat".


Rawatan

1. Hypnotherapy
2. Neuro-Linguistic Programming (NLP)
3. Energy Psychology

8 Apr 2012

HUKUM MENGADAKAN PAMERAN SPESIMEN ANATOMI MANUSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak.
  2. Oleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah dilarang oleh Islam.
  3. Walaubagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar.